Neelofa Terima Maaf Dari Anzalna | Semalam berlangsungnya majlis pengumuman maaf secara terbuka yang dianjurkan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) bagi melerai krisis dua pelakon muda, Anzalna Md Nasir, 24, dengan Neelofa Mohd Noor, 23, di sebuah hotel di Damansara, Petaling Jaya. Anzalna yang bersetuju dengan syarat yang dikenakan Neelofa perlu membuat permohonan maaf secara terbuka untuk membersihkan nama Neelofa.

‘Drama’ dua pelakon muda ini bermula kira-kira jam 1.45 petang. Selepas menunggu hampir sejam, Presiden SENIMAN, Zed Zaidi mengambil tempat duduk di antara Anzalna dan Neelofa. Turut hadir, peguam kedua-dua artis terbabit. Anzalna kemudian menandatangani dokumen yang dikatakan surat aku janji yang disediakan SENIMAN disusuli kenyataan permohonan maaf. Namun, ucapan Anzalna terhenti apabila Neelofa menghulurkan kertas yang perlu dibacakan di depan wakil media.

Anzalna membaca kenyataan itu yang berbunyi :

“Saya minta maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Harian pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya. Saya tiada bukti kukuh untuk menyokong kenyataan itu.”

Anzalna yang dilihat menitiskan air mata, pulang lebih awal dan Zed Zaidi juga meminta semua pihak tidak memanjangkan isu berkenaan. Namun wakil media yang hadir kehairanan selepas permohonan maaf sudah disampaikan namun tiada salam dihulur dan mengelak dirakam gambar bersama. Butir-butir mengenai syarat dalam surat perjanjian antara dua aktres berkenaan tidak didedahkan atas alasan sulit dan peribadi.

 

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.