Neelofa Tolak Tawaran Berlakon, Nak Sambung Belajar? | Kontroversi antara dirinya dengan aktor, Hans Isaac boleh dikatakan sudah semakin menghilang. Neelofa juga memberitahu dia tidak tergugat dengan isu itu.  Baginya, kisah sensasi seperti itu menambahkan warna dalam perjalanan hidupnya sebagai insan seni. Jadi isu berkenaan bukannya alasan kenapa dia menolak tawaran berlakon kerana hilang tumpuan.

Sebenarnya, Neelofa yang baru habis penggambaran drama bersiri Kau Yang Terindah, mahu mencari ruang untuk berehat. Ini kerana jadual penggambaran terlalu padat hingga mengabai masa untuk diri sendiri, menyebabkan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, mengambil keputusan bercuti sebulan.

“Saya baru habis menjayakan drama Kau Yang Terindah. Drama ini mengambil masa yang agak lama. Ia bermula sebelum Ramadan dan berakhir dua minggu lalu. Sejak itu, saya tidak mempunyai rehat yang cukup dan tiada masa untuk diri sendiri. Saya rehat tidak lama, bukanlah setahun, hanya sebulan. Sekarang saya tidak mengambil banyak tawaran pun, hanya muncul untuk beberapa projek iklan dan menjadi pengacara program bual bicara, Nona,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa bakal muncul dalam filem arahan Osman Ali, berjudul Pilot Cafe, yang dirancang memulakan penggambaran, Januari depan. Pelakon merangkap pengacara ini juga kembali sibuk apabila memulakan pengajian di kampus, Disember ini. Pelajar tahun kedua jurusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pemasaran Antarabangsa di Kolej Sunway ini akan menyusun jadual seni supaya pengajiannya tidak terganggu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.