AidilAdha semakin hampir. Sudah tentu ramai yang sudah berkira-kira untuk pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing. Satu jer pesanan ammboi untuk anda dan diri sendiri, berhati-hati semasa memandu. Ingatlah orang tersayang. Semoga perjalanan kita juga diberkatiNYA. Pada pagi ini, kita dikhabarkan dengan berita kehilangan nyawa 3 beranak yang maut lemas.

Memetik laporan Harian Metro, seorang kanak-kanak berusia setahun dipercayai lemas bersama ibu dan nenek dalam sungai di Kilometer 69, Jalan Kalumpang menghala Kuala Kubu Bharu, pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, kereta PROTON Waja yang dipandu ibu mangsa terbabas, terjunam dalam sungai. Ibu mangsa berusia 29 tahun dan neneknya pula berusia 62 tahun.

bayi setahun maut lemas

Mereka dipercayai lemas selepas terperangkap dalam kereta, manakala kanak-kanak terbabit yang tercampak keluar dibawa arus sungai sebelum ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian dua jam kemudian. Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki tiga sekeluarga itu hilang kawalan sebelum terbabas merempuh penghadang jalan. Mangsa dikenali sebagai N Valiama, 63, V Puspam, 29, K Neelan Raj, setahun.

Sayu rasanya bila baca berita kemalangan ini. Apatah lagi kalau melibatkan bayi, tak kiralah apa bangsa mahupun agama. Sama-sama kita jadikan pengajaran dan lebih berhati-hati semasa memandu. Pastikan keadaan diri dan kenderaan kita berada dalam keadaan terbaik untuk memandu. Insya Allah, lebih selamat perjalanan kita.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.