(Ngeri) Kaki Pencuri Besi Putus Dilibas Parang | Ammboi tidak pasti sangat masa sebenar kejadian ini berlaku. Ianya mula dipost dalam blog dan juga Facebook pada 3 Jun 2013. Ammboi bukannya nak mengutuk pencuri malang ini, namun siarkan info (walau dah basi) ini sebagai pengajaran kepada pencuri-pencuri kat luar sana (kecuali pencuri hati). Ikuti berita lanjut dibawah.

Seorang pencuri besi putus pergelangan kaki kiri selepas bergelut dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan. Awalnya suspek cuba mengambil besi di kolam ikan tersebut tetapi tindakannya disedari anak saudara kepada pemilik kolam tersebut, kira-kira jam 11 pagi. Suspek pada awalnya cuba tunjuk hero dengan menyerang pemilik kolam dengan menggunakan besi yang diambil dari kolam.

kaki pencuri putus dilibas parang

Sebelum itu, pemilik kolam mengejar suspek dan apa lagi suspek lari la dengan memandu sebuah van. Bagaimanapun, suspek terlanggar pemilik kolam. Suspek terus keluar dari van, mengambil besi dan melibas ke arah pemilik kolam. Dalam syok-syok suspek melibas, pemilik kolam mencapai golok di raga motornya dan turut melibas bagi mempertahankan diri.

Libasan pemilik kolam mengenai pergelangan kaki kiri suspek. Yang menggerikan, kaki suspek tu terputus. Suspek kemudiannya menyerah diri dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

p/s: Janganlah mencuri. Banyak lagi peluang kerja halal lain diluar sana…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.