Kejadian ini berlaku di Kuching dimana seorang pekerja lelaki syarikat perkakasan yang terletak di Bangunan One TJ, Jalan Stutong, Kuching telah dijumpai mati akibat kepalanya tersepit di bahagian lift mengangkut barangan di dalam bangunan berkenaan.

Memetik laporan sumber berita, Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad berkata melalui kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada pihak media, kejadian telah dilaporkan terjadi pada jam 4.28 petang pada Selasa. Mangsa adalah seorang remaja lelaki tempatan yang berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Benedict Juan A/k Christopher.

pekerja mati tersepit lif mati tersepit lif di kuching

Mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat yang telah sampai ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia. Ahli keluarga mangsa telah dimaklumkan perkara tersebut dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya dan siasatan awal ditempat kejadian mendapati tiada unsur unsur jenayah dan khianat terjadi dan kejadian telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.