Seorang penunggang motosikal maut dan anggota badannya hancur selepas terbabit dalam kemalangan dipercayai dengan kenderaan berat sebelum diseret sejauh lebih 40 kilometer, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, serpihan daging dan motosikal mangsa jenis Honda EX5 ditemui di Kilometer 274.2 arah Selatan kira-kira 800 meter ke susur keluar Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Ipoh.

Memetik sumber myMetro, serpihan daging dan sebahagian tangan serta kaki mangsa kemudian turut ditemui Kilometer 317 kawasan Tapah arah Selatan. Pemeriksaan melalui nombor pendaftaran motosikal yang ditemui, mangsa dikenalpasti sebagai Ahmad Mahmud, 25, beralamat di Lot 15 Kampung Majidi, Serdang, Kedah yang dalam perjalanan dari kampungnya ke tempat kerja di kilang PROTON di Tanjung Malim. Ketika kejadian keadaan cuaca baru lepas hujan dan jalan licin.

ahmad mahmud maut kemalangan

Difahamkan ibu mangsa sudah dimaklumkan mengenai kemalangan ngeri itu.

Takziah kepada keluarga mangsa.

::AL-FATIHAH::


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.