Tahniah buat Nik Shahrul Azim atau Pok Nik kerana menjadi pilihan 12 Terbaik Asia bagi bulan Jun 2013 untuk laman sukan Goal.com. Bagi ammboi, ianya memang tidak mengejutkan. Sekiranya pihak berkenaan tidak memilih Pok Nik sebagai pemain pertahan terbaik pun ramai sudah tahu akan kehebatan beliau beraksi dibahagian pertahanan Kelantan.

Berdasarkan pemilihan yang dibuat oleh Goal.com, Nik Shahrul Azim dinilai berdasarkan kekentalannya mempertahankan kubu Kelantan dengan ‘clean sheet’ dalam tiga perlawanan, termasuklah merantai penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha pada aksi final Piala FA 2013 – Kelantan vs Johor Darul Takzim (JDT).

Nik Shahrul Azim Asian Team June 2013

The prodigious centre-back was highly influential in sustaining Kelantan’s three-game clean sheet record in June. The maturity he showed was way beyond his age and on the big FA Cup finale stage, as the 22-year old excelled in his task to man-mark Darul Takzim’s dangerman and Malaysia’s number one striker, Norshahrul Idlan Talaha out of the game. – Goal.com

Selain Pok Nik, ada 11 lagi nama dalam senarai berkenaan. Mereka adalah:

Nik Shahrul Azim - 11 Pemain Terbaik Asia Jun 2013

Selain daripada Nik Shahrul Azim, sebenarnya Kelantan memiliki hampir kesemua pemain terbaik (untuk pemain tempatan) disegenap posisi. Kelantan memiliki Khairul Fahmi Che Mat (Apek) sebagai penjaga gol, Badhri Radzi (Piya) di bahagian tengah bersama Shakir Saari, Indra Putra dan Zairo Anuar Zailani. Selain itu, untuk serangan pula Kelantan memiliki Norfarhan, Faiz Subri dan ramai lagi.

Tahniah kepada Nik Shahrul Azim. Teruskan usaha anda dan semoga anda berjaya membantu menaikkan nama bolasepak Kelantan dan juga negara kita, Malaysia.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.