Mencari telefon pintar dengan harga yang murah rasanya tidak sukar pada zaman sekarang. Pelbagai pilihan dikeluarkan oleh pengeluar telefon demi memenuhi keperluan dan kemampuan pengguna. Antara yang menarik perhatian ammboi adalah, model keluaran Nokia iaitu Nokia X.

Nokia X dijana oleh sistem operasi Android selain dibina di atas sistem Antaramuka Pemprogram Aplikasi (API) Nokia ini turut dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon Dual Core 1 Gigaherz (GHz).

Nokia-X-Dual-SIM

Disokong oleh bateri berkapasiti 1500 mAh, Nokia X mampu menyokong masa guna sehingga 13 jam serta dimuatkan dengan 18 aplikasi termasuk laman sosial Facebook, Vine dan Skype. Dengan harga rendah dan mampu milik menjadikan peranti ini antara pilihan bagi mereka yang sukakan kelainan.

Nokia-X-Dual-SIM-2

Dengan ukuran 115.5 x 63 x 10.4 milimeter dan berat 128.7 gram sudah pasti peranti ini mudah disimpan di dalam poket seluar mahupun beg tangan. Sistem Operasi Nokia X yang dimiliki membolehkan peranti ini dimuatkan dengan sistem navigasi luar talian HERE Maps.

spesifikasi nokia x

Nokia X diperkenalkan pada harga RM399 dengan empat pilihan warna iaitu hijau terang, putih, merah dan hitam. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Nokia X, boleh layari laman web www.nokia.com/global/products/phone/nokia-x.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.