Kesian Noni, baru nak berlakon dah kena terjah dengan gosip seperti ini. Ni kalau isteri pelakon dan pengarah berkenaan tahu dari mana-mana mulut jahat sah-sah kena amukan free ni. Oleh itu, bagi mengelakkan terus berlakunya salah faham, Noni tampil untuk menjelaskan status hubungannya dengan Fauzi Nawawi tidak lebih dari hubungan profesional kerja dan tiada hubungan ‘istimewa’ antara mereka.

Memetik laporan Harian Metro dan Murai, Noni yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) menafikan yang hubungan rapatnya dengan Fauzi Nawawi adalah atas dasar cinta sebaliknya berkata keakraban mereka itu adalah dasar kerja semata-mata. Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadhirah Zainuddin, 24, berkata hubungan mereka rapat sebagai pengarah dan pelakon dan tidak lebih dari itu. Noni juga berkata yang Fauzi merupakan pembimbingnya yang banyak memberi pelbagai tips dalam bidang lakonan.

noni af5 dan fauzi nawawi

“Bukan saya saja yang menjadi anak didiknya, malah ramai lagi artis lain seperti Ika Nabila, Reen Rahim dan Agnes Wong yang menimba ilmu lakonan dari Fauzi tetapi kenapa saya seorang saja yang digosipkan dengannya? Mungkin orang nampak kami rapat di lokasi pengambaran kerana saya baru saja berlakon dalam dua drama arahannya baru-baru ini,” jelas gadis yang berasal dari Sabah ini.

Tambah Noni, dia mula mengenali suami kepada aktres Lisdawati itu ketika menyertai program Jelajah Festival Filem Malaysia di Ipoh, Perak awal tahun ini.

“Saya bertemu dengan abang Fauzi yang turut ditemani isterinya ketika majlis itu. Abang Fauzi berkata, saya ada pakej untuk bergelar pelakon dan dia menawarkan saya untuk berlakon dalam drama arahannya. Sejak pertemuan itu, kami menjadi rapat seperti hubungan abang dan adik. Tetapi bukan dengan dia saja, dengan Lisdawati pun saya turut rapat,” tambah Noni lagi.

Noni turut berharap dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak yang cuba mengaitkannya dengan Fauzi kerana tidak mahu mengguris hati keluarga kedua-dua belah pihak. Noni turut berkongsi pengalamannya berlakon dengan aktortersebut yang disifatkannya seorang yang tegas bila bekerja dan berasa bertuah kerana dapat menimba ilmu lakonan dari seorang pelakon hebat sepertinya.

p/s: Harap betul-betul hubungan profesional kerjalah Noni kan.. Sebab dah serik dengan cerita gosip cerai berai selebriti ni… hihi


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.