Nora Danish ke Indonesia borong barang kahwin? Nora Danish bakal berkahwin? Oh, banyak juga gosip yang melanda pelakon berstatus janda ini. Nora Danish dikatakan sedang membuat persiapan perkahwinan, sebab itu beliau ke Jakarta, Indonesia untuk membeli barangan persiapan perkahwinan disana. Kononnya juga, bakal suaminya itu adalah anak kepada menteri.

Bagaimanapun menerusi laporan Malaysia Digests, Nora Danish menafikan gosip bakal berkahwin itu namun mengiyakan bahawa dia memang ada ‘hubungan’ dengan anak menteri. Jelas Nora Danish, memang dia ada membeli kain di sana tetapi bukan untuk persiapan perkahwinan sebaliknya sempena persiapan hari raya Aidilfitri, yang akan menjelang tidak lama lagi.

nora danish bakal berkahwin

Berkenaan cerita dia sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang anak Menteri iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikenali sebagai Nadeem, Nora berkata dia memang ramai kawan dan dengan Nadeem pun hubungan mereka tidak lebih dari kawan.

“Saya berkawan dengan ramai orang. Kawan-kawan saya ada yang dikalangan anak menteri, ada juga yang orang biasa. Cuma mungkin sebab dia anak menteri, jadi orang bercakap tentang itu. Saya dengan dia (Nadeem) hanya kawan. Cerita kami jalin hubungan istimewa, tak benar. Dan saya tak ada buat bisnes apa-apa pun bersama dia (gelak). Kami memang dah lama berkawan. Sebenarnya dah tujuh tahun saya kenal dia. Saya kenal dia sejak sebelum saya berkahwin dengan Jejai lagi”, jelas Nora Danish kepada Malaysian Digest.com.

Manakala mengenai gambarnya bersama jejaka tersebut yang dimuatkan di dalam instagramnya, Nora berkata, dia sudah bersedia dengan apa juga tanggapan dan spekulasi yang bakal timbul. Malah bintang filem Mencari Cinta ni telah menjangkakan gambar itu pasti akan jadi bahan bualan hangat ramai.

gambar kekasih nora danish

“Masa saya post gambar tu, saya memang awal-awal dah bersedia dah dengan apa yang orang akan kata. Biasa lah, pengikut-pengikut saya di Instagram, ramai yang memang pandai buat andaian”, ujarnya sambil tersenyum.

Dalam pada itu luah Nora, selama 10 tahun bergelar anak seni, membuatkan dia lali dengan gosip cinta yang sering menghimpit dirinya. Namun dia tidak mudah melatah sebaliknya menganggap itu adalah asam garam sebagai seorang selebriti. Beritahu Nora, dia sebenarnya sudah lama bersedia bercinta dan berkahwin semula.

“Masa mula-mula dalam industri dulu saya frust jugalah bila selalu timbul gosip saya bercinta degan orang itu, orang ini. Paling kelakar sekali, gosip saya dengan Noh Hujan. Timbul juga gosip dengan Zizan lah. Tapi saya anggap itu sebagai asam garam bergelar artis. Saya tahu peminat sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya. Kerana itu saya tak mudah melatah. Sebenarnya saya dah lama bersedia bercinta dan nak berkahwin semula. Sesiapa saja lelaki yang berjaya menambat hati saya, saya terima. InsyaAllah, kalau ada jodoh dan bila saya nak berkahwin nanti, saya pasti akan beritahu pada semua”, katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.