Nora Danish antara selebriti wanita yang sering menjadi mangsa gosip dalam arena hiburan Malaysia. Lepas seorang demi seorang jejaka digosipkan dengannya. Mungkin kerana serik dengan gosip sedemikian, Nora Danish lebih bersikap terbuka memuat naik gambar mesranya bersama anak seorang menteri, Nedim Nazri Aziz – lelaki yang dikaitkan dengannya sekarang di laman sosial miliknya. Mungkin dia bermaksud, dirinya kini sudah berpunya dan sebagai amaran kepada jejaka lain agar jangan rapati dirinya.

Menerusi laporan BH Online, Nora Danish ada memberitahu mengenai perkara itu. Katanya, dia bukan sekadar berkongsi saat manis yang dilaluinya bersama peminat, tetapi mengakui tujuannya berbuat demikian supaya orang tahu dia sudah mempunyai seseorang dalam hidup.

Gosip Nora Danish dan Nedim Nazri Sudah Bernikah

“Sebelum ini, Nora sering menjadi mangsa gosip dengan ramai lelaki. Setiap kali Nora berlakon dengan artis lelaki, pasti akan timbul gosip kami bercinta. Dengan Adi Putra, Shaheizy Samlah… Tapi semuanya itu tidak benar. Jadi apabila Nora letak gambar bersama Nedim, Nora harap semua orang faham dan tak kaitkan Nora dengan mana-mana lelaki lagi. Bagaimanapun, Nora tak suka guna istilah bercinta tetapi lebih selesa mengatakan Nedim adalah teman rapat Nora,” dedah Nora Danish dalam laporan tersebut.

Ditanya apakah hubungan yang terjalin itu bakal diakhiri dengan ikatan perkahwinan, Nora dalam nada tegas berkata, walaupun rapat, mereka tidak pernah berbincang perkara itu secara serius.

“Lagipun kami sama-sama pernah melalui situasi yang sama (perceraian), jadi Nora rasa tak perlu tergesa-gesa. Biarlah kami berkawan dulu. Jika perkara itu benar-benar berlaku (kahwin), barulah Nora selesa untuk membicarakannya,” terangnya lagi.

p/s: Kalau sama-sama suka, sama-sama memahami, apalah salahnya kalau percepatkan hubungan yang ‘SAH’. Kan itu adalah yang terbaik. Semoga Nora dan Nedim cepat disatukan…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.