Nora Danish Nafi Bercinta Dengan Qi Razali | Tindakan Nora Danish memuat naik gambar dia bersama pengacara Qi Razali menerusi laman sosial foto Instagram telah menjadi punca mereka digosipkan mempunyai hubungan intim. Namun Nora Danish nafi dia bercinta dengan Qi Razali dan menganggap hubungan mereka sekadar kawan sahaja.

Jelas Nora Danish, 31, menerusi portal mStar Online, disebabkan Qi Razali atau nama sebenarnya Kushairi Mohammed Razali, 36, masih bujang, dia merasakan tidak salah untuk mengabadikan gambar-gambar mereka menerusi laman sosial tersebut tetapi sayang sekali ia menjadi sensasi.

nora danish dan qi razali

“Qi masih bujang dan begitu juga saya yang solo kembali. Semasa penggambaran filem Bencinta arahan Farid Kamil di Langkawi, saya mengambil peluang memasukkan gambar-gambar kami menerusi Instagram,” katanya.

Nora diminta mengulas mengenai hubungannya dengan anggota kumpulan OAG itu yang masih diperkatakan umum. Tambah Nora, dia dan Qi sememangnya rapat tetapi hanya ketika penggambaran filem berkenaan sahaja.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.