Nora Danish Nafi Bercinta Dengan Shaheizy Sam | Pelakon Nora Danish menganggap dakwaan terbaru yang mengatakan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor Shaheizy Sam adalah satu topik yang benar-benar kelakar.

Nora, 30, berkata, gosip berkenaan yang disiarkan menerusi sebuah ruangan pojok akhbar mingguan pada Ahad lalu adalah tidak benar sama sekali kerana hubungannya dengan aktor kacak itu adalah atas dasar profesional semata-mata. Laporan akhbar tersebut mendakwa cinta di antara Sam dan Nora mula berputik ketika mereka bergandingan dalam filem terbaru berjudul 2 Kalimah arahan Eyra Rahman, baru-baru ini.

Namun beliau juga tidak marah apabila gosip itu keluar kerana dia tahu ia hanyalah andaian penulis tersebut sahaja. Baginya hubungan dia dengan Sam juga profesional dan mereka hanya sekadar kawan biasa. Dalam pada itu, Nora berkata, dia tidak mahu dilabelkan sebagai artis yang gemar menjalinkan hubungan cinta lokasi setiap kali terlibat dalam sebuah penggambaran. Nora memberitahu perkara itu bukan kali pertama dia dikaitkan dengan pelakon lelaki gandingannya dalam filem kerana sebelum ini dia juga dituduh menjalinkan hubungan dengan Ady Putra yang menjadi hero dalam filem Aku Cuma Nikahinya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.