Nora Danish memberitahu dia terpaksa menghentikan sementara penjualan produk bedak sejuk ‘Tanaka’. Kenapa? Ada masalah ke dengan produk berkenaan. Khabarnya ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dan menjadi antara produk ‘dropship’ terbaik sejak kebelakangan ini. Namun begitu kepada Nora Danish menghentikan jualannya?

Gambar-Nora-Danish-menunaikan-Umrah

Oh, rupanya Nora Danish terpaksa menghentikan sementara penjualan produk berkenaan kerana mahu mendapatkan kandungan yang lebih berkualiti daripada pengeluar bedak itu di Myanmar. Memetik laporan mStar Online, Nora Danish menjelaskan, dia kecewa apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan namanya bagi menjual produk yang sama.

“Buat masa sekarang saya menghentikan penjualan bedak tersebut kerana pihak kami sedang mencari kandungan bedak yang betul-betul baik yang kita akan ambil terus dari Myanmar. Dulu saya ambil daripada sebuah kedai namun selepas saya promosi dan jual ramai pula yang serbu kedai tersebut dan jual bedak yang sama,” katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.

nora danish bedak sejuk tanaka

Nora yang mula menjual produk bedak sejuk yang diberi nama ‘Tate Dea by Nora Danish’ itu sejak awal tahun lalu menganggap ia sebagai bedak tradisional keturunan Myanmar.

“Saya berketurunan Myanmar dan memang bedak ini diperbuat daripada kayu ‘Tanaka’ yang menjadi bedak tradisional masyarakat Myanmar. Kalau boleh saya mahu memperkenalkannya di Malaysia kerana ia memang bagus untuk menjadikan kulit licin dan cantik,” ujarnya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.