Musim Liga Malaysia 2013 sudahpun berlalu. Kini menjelang musim 2014, semua pasukan sedang berlumba-lumba untuk mempersiapkan pasukan masing-masing. Ketika ini, boleh dikatakan banyak spekulasi perpindahan pemain akan berlaku dengan beberapa pasukan besar sedang bersedia untuk memikat pemain bintang bagi memperkemaskan pasukan mereka.

Antara pasukan yang bakal kehilangan ramai pemain pada musim depan adalah Kelantan yang muncul juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia 2013. Pemain Kelantan yang disebut-sebut akan berhijrah ialah penyerang Norfarhan Mohamad, pemain pertahanan Daudsu Jamaluddin, Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam. Keempat-empat pemain ini dikhabarkan akan berpindah ke Johor Darul Takzim (JDT).

norfarhan kelantan

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi dari pemain berkenaan dan menurut Farhan, beliau masih berbincang dengan pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengenai nasibnya bersama pasukan itu. Norfarhan berkata ia belum diputuskannya. Farhan juga mengakui, belum membuat keputusan sama ada mahu kekal bersama Kelantan atau atau sebaliknya, tahun depan. Katanya, ketika ini dia hanya mahu berehat seketika dan keputusan hanya akan dibuat dalam tempoh antara seminggu hingga dua minggu lagi. Selain Farhan, Azizi turut mengakui, belum membuat keputusan mengenai masa depannya. – Sumber Kosmo dan Sinar Harian 4 November 2013.

Jadi bagaimana sebuah page bola sepak seperti Fox Sports Malaysia menyatakan senarai pemain yang diumumkan dalam sebuah laman kelab penyokong Johor Darul Takzim (JDT) adalah senarai rasmi sedangkan pemain itu sendiri belum memberikan keputusannya?

senarai pemain jdt 2014

Diharapkan peminat dan pihak media bersabar menunggu keputusan rasmi pemain yang bakal berhijrah samada mereka benar-benar berhijrah atau tidak sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mencetuskan salah faham dan sebagainya. Sebaiknya tunggulah sehingga kenyataan media rasmi dari pihak persatuan samada dari JDT mahupun Kelantan. Perpindahan adalah hak pemain dan mana-mana pasukan serta penyokong harus bersedia dengan situasi berkenaan. Cuma kalau boleh, jangan guna kaedah sebegini untuk mencetuskan ‘kekecelaruan’ seterusnya menyebabkan sesebuah pasukan atau penyokong hilang kepercayaan terhadap pemain mereka.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.