Norish Karman Nafi Bergaduh Dengan Kenchana Devi | Dalam satu laporan media baru-baru ini, ada menyebut berkenaan isu pergaduhan antara Norish Karman dan Kencahana Devi dalam rancangan MasterChef Selebriti Malaysia 2. Kononnya kerana perselisihan faham dalam kumpulan mereka yang tidak suka dengan cara Norish Karman. Namun Norish Karman menafikan isu berkenaan.

Memetik laporan Malaysia Digest, Norish Karman menyangkal dakwaan dikatakan berperang besar dengan Kenchana Devi.

norish karman

“Mana mungkin kami bergaduh. Semuanya dengar cakap. Kami masak dengan aman. Saya tak ada masalah dengan sesiapa pun. Industri kita ni terlalu kecil untuk kita ‘tunjuk perangai’. Sebagai ibu, saya selalu nasihatkan anak-anak saya supaya jangan bergaduh terutamanya di sekolah. Tapi kalau kita sebagai ibu, tunjukkan perangai kita, bergaduh dengan kawan-kawan artis, macam mana saya nak didik anak-anak saya supaya berkelakuan baik. Sedangkan saya sendiri tidak tunjuk contoh baik. Mana mungkin kami bergaduh. Semuanya dengar cakap. Kami masak dengan aman. Saya stak ada masalah dengan sesiapa pun”, jelas Norish Karman dalam laporan berkenaan.

Namun begitu, Norish Karman mendedahkan ketika penggambaran, kadangkala wujud juga suasana tegang dikalangan rakan artis lain tetapi situasi itu hanya berlaku sewaktu mereka memasak. Malah dia sendiri mengakui berasa tertekan apabila perlu meyediakan masakan dalam tempoh tertentu, ditambah pula setiap gerak lakunya ditonton oleh jutaan penonton.

“Memang tak dinafi, ada masa suasana jadi ‘panas’ juga tapi bila waktu kami memasak lah. ada ketika saya pun masak dalam keadaan tertekan Sebab kalau di rumah, kita masak seorang diri. Bukan tidak ada tekanan tapi berbeza. Kalau di rumah saya masak untuk lima orang anak saya.

“Tapi dalam MasterChef, kita rasa tertekan sebab masing-masing mahu menyediakan masakan yang terbaik. Kita perlu sediakan masakan kita dalam tempoh yang ditetapkan misalanya dalam masa 45 minit. Kita diperhatikan pula tiga pakar dalam masakan. Ditambah pula dengan jutaan penonton yang menonton kita di kaca televisyen. Boleh rasa lah adrenalinnya”, jelasnya lagi.

peserta masterchef selebriti malaysia 2013

Norish Karman turut berkata penglibatannya dalam program 40 episod itu sangat menyeronokkan kerana dia berpeluang melalui satu pengalaman baru dan bermakna. Selain dia dapat belajar banyak cara masakan. Malah beberapa kali dia diberi kepercayaan mengetuai pasukannya sepanjang dalam melaksanakan cabaran yang diberi oleh pihak juri.

“Saya seronok dan ia satu pengalaman yang sangat bagus untuk saya. Banyk masa kita masak dengan ramai teman. Kitaa ada cara kita tapi kita juga hormat dengan cara orang lain. Sepanjang dalam MasterChef, tiga kali saya jadi ketua pasukan. Cabarannya lebih besar daripada jadi ibu kepada anak-anak saya. Sebab saya perlu jadi mak kepada rakan lain yang mana mereka dah bergelar mak-mak orang. Di rumah saya biasa praktikan, saya selalu mendengar pendapat anak-anak tentang sesuatu perkara. Sama lah dengan ketika sebagai ketua pasukan, kami berbincang dan kita team work.

“Kalau ketika task individu pun, kita semua masih bekerjasama. Misalnya kalau ada antara kami tak cukup bawang, kentang dan sebagainya, kami akan bantu mereka walaupun chef tak bagi kami buat macam tu. Kami curi-curi tolong menolong antara satu sama lain”, katanya yang turut memberitahu ada banyak hal menarik akan berlaku namum enggan menceritakan lebih lanjut kerana mahu memberi kejutan kepada penonton.

Ditanya mengenai pencabar utamanya, NK berkata Celina Khor dan penerbit, Michael Ang antara perserta yang memberi saingan sengit. Baginya walaupun dia dan dunia masakan bukan asing tetapi NK tetap membuat beberapa persediaan seperti mentelaah beberapa cara masakan dan membuat kajian mengenai apa yang di gemari oleh para juri.

Fuh, makin tak sabar rasanya untuk menyaksikan siaran MasterChes Selebriti Malaysia Musim 2 yang akan bersiaran 20 April nanti.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.