Norman Hakim Kenakan Syarat Untuk Memey Jika Mahu Kembali Aktif Berlakon | Memey Suhaiza isteri kepada Norman Hakim baru saja habis tempoh berpantang selepas kelahiran anak pertama mereka, Mohamed Darwisz Haki, yang lahir pada 1 Februari lalu. Bagaimapun itu tidak menghalang Memey untuk kembali berlakon dalam drama bersiri, Roda-Roda Kuala Lumpur, bermula April ini.

Namun ada syarat yang diletakkan oleh Norman Hakim jika Memey mahu kembali berlakon walaupun dia sebenarnya mahu Memey menumpukan sepenuh masa pada rumah tangga dan kebajikan anak mereka. Namun, Norman Hakim, 37, berkata dalam laporan BH Online, dia sesekali tidak akan menghalang Memey daripada terus berkecimpung dalam bidang yang diminati. Sebaliknya dia amat menghormati dan menyokong setiap keputusan yang dibuat oleh Memey.

gambar anak norman hakim dan memey suhaiza mohamed darwisz hakim

Norman juga berkata, Memey memang ada menerima tawaran berlakon sebelum ini, tetapi terpaksa ditolak kerana masih dalam tempoh berpantang. Malah, dia juga menyediakan syarat jika isterinya mahu terus berlakon.

“Semestinya ada had bila dia kembali berlakon nanti, iaitu dari segi masa. Aktiviti penggambaran haruslah tak lebih daripada jam 10 ke 11 malam. Dia kena minta kerjasama daripada pihak produksi untuk melepaskannya lebih awal kerana dia mempunyai anak kecil untuk dijaga. Memey baru saja habis berpantang dan saya tengok, dia sangat teruja menjaga anak kami. Malah, dia cepat mendapat rentak sebagai ibu. Tak dapat dinafikan, saya rasa seperti sedikit terpinggir,” ujar Norman sambil ketawa kecil.

Norman juga memberitahu dia kerap berulang alik ke Johor bagi menjenguk isterinya di sana. Meskipun sibuk dengan aktiviti penggambaran, Norman memastikan dia membahagikan masa sebaiknya untuk isteri dan anak kesayangan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]il.com]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.