Nurdamia Maut, Pengendali Helikopter Kawalan Jauh Ditahan | Susulan dari kematian seorang kanak-kanak perempuan, Nurdamia Husnina, 18 bulan, seorang pemandu teksi yang juga pengendali helikopter, 40 tahun, ditahan polis. Kes itu dilaporkan akan disiasat mengikut Seksyen 304A kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

Menceritakan detik cemas ketika kejadian, bapa Nurdamia, Banee Yamin Idris, 35, gagahkan diri berlari membawa Nurdamia Husnina ke ambulans selepas melihat sebahagian kepala anaknya terkoyak walaupun dia dalam keadaan tidak nampak kerana cermin matanya terjatuh. Bagaimanapun, anak bongsunyanya itu maut apabila kepalanya terkena bilah helikopter kawalan jauh model Align T-REX 700 Nitro yang terhempas di Kompleks Belia dan Sukan Paroi malam kelmarin.

Banee Yamin Idris, yang bertugas sebagai pembantu akauntan di Jabatan Akauntan Negara berkata nahas berlaku terlalu pantas dan hanya sedar sebaik melihat kepala Nurdamia yang sebelum itu tidur di pangkuannya berdarah.

“Saya berlari sejauh kira-kira 100 meter ke arah ambulans yang memang ada di situ. Apabila sampai, baru saya sedar kepala saya juga cedera manakala mata dan bibir bengkak menyebabkan saya hampir pengsan kerana mabuk darah. Jika tidak pakai cermin mata, mungkin saya buta terkena bilah helikopter itu,” katanya dalam laporan BH Online.

gambar nurdamia dan bapanya banee

Tiga pengunjung lain yang berada di tempat kejadian turut cedera terkena serpihan badan helikopter, tetapi hanya dirawat sebagai pesakit luar di HTJS. Menteri Besar yang ditemui ketika melawat Banee Yamin di HTJS, tengah hari semalam, berkata, bapa kanak-kanak itu akan menjalani sesi kaunseling traumatik untuk mengurangkan perasaan trauma akibat kejadian itu.

Sementara itu, ibu mangsa, Rafeah Zainal Abidin, 35, yang sedih dengan kehilangan anaknya berkata, ketika kejadian dia berada di rumah kerana dua anaknya yang berusia enam dan 11 tahun turut mengikut bapa mereka. Jenazah Nurdamia dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Geduhum, Dangi, Kuala Pilah, semalam.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.