Nurul Uyun Murah Hati Derma Susu Badan | Ini adalah perkongsian cerita mengenai ibu susuan dan anak susuan. Ramai yang tidak tahu atau kurang faham berkenaan isu ini. Apakah hukumnya? Boleh ke tidak? Dan ada yang ragu untuk menjadi ibu susuan. Jadi ammboi harap perkongsian info dibawah mampu membuka mata dan minda kita berkenaan isu derma susu badan dan ibu susuan.

Simpati terhadap tiga ibu yang tidak mampu memberi susu badan kepada anak masing-masing akibat masalah kesihatan, seorang wanita bermurah hati menjadikan ketiga-tiga bayi mereka sebagai anak susuannya. Tanpa mengharapkan sebarang balasan, Nurul Uyun Mazlan, 30, berkata, naluri keibuannya mendorong dia berbuat demikian walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata, Dania Alisha Almaduddin, 3, dan Dania Maisarah, tiga bulan.

Kemuliaan hati Nurul Uyun itu seharusnya membuka mata masyarakat mengenai amalan menjadi ibu susuan, sesuatu yang lazim dilakukan masyarakat Arab dan diharuskan Islam, tetapi jarang diamalkan umat Islam negara ini.

nurul uyun mazlan

derma susu badan

Balqis (depan) antara penerima susu perahan Nurul Uyun.

Pendakwah bebas, Zawiyah Hassan berkata, menderma susu badan kepada bayi yang memerlukannya, bukan saja dibenarkan syarak, malah dianggap perbuatan mulia dan mendapat ganjaran pahala, sama seperti amalan bersedekah.

“Sedangkan niat berbuat kebaikan pun sudah dapat pahala, inikan pula menderma susu tanpa mengharap balasan. Apatah lagi susu didermakan itu boleh membantu bayi mendapatkan khasiat penting untuk tumbesarannya. (Petikan ~ myMetro Online)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.