Pelajar Perempuan Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) Cipta Alat Bantu Tukar Tayar | Kesukaran menukar tayar kenderaan terutama bagi wanita menjadi ilham sekumpulan pelajar perempuan mencipta set membuka dan menukar tayar kereta mudah alih yang mereka namakan ‘Nutty-Notty’. Kejayaan pelajar Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA), di sini, itu diiktiraf apabila menerima anugerah medal emas pada Pameran Antarabangsa Pereka Muda 2012 di Bangkok, 28 hingga 30 Jun 2012 lalu.

Kumpulan dianggotai pelajar Tingkatan 4 dan 5 termasuk empat pelajar tahfiz itu juga membuktikan pelajar aliran agama juga kreatif dan mampu mereka cipta produk setanding sekolah aliran sains lain. Kejayaan itu yang kelima apabila rekaan sama juga pernah menjuarai Pertandingan Anugerah Pencipta Muda Universiti Teknologi Petronas 2011, Ekspo Saintis Muda Perak 2011 (Kategori Inovasi Sekolah Menengah dan Sains), Hari Harta Intelek Negara 2012 (Kategori Inovasi Pelajar Sekolah Menengah) dan Pameran Inovasi dan Penciptaan Kejuruteraan Antarabangsa 2012.

Menurut sumber maklumat, rekaan Nutty-Notty yang hanya menelan kos kira-kira RM30 kini mampu dijual RM100 seunit bagi tujuan komersial. Ada beberapa syarikat sudah menunjukkan minat mengeluarkan produk berkenaan. Set ‘Nutty-Notty’ itu ringan dan tahan karat, mampu membantu pemilik menggantikan tayar dalam tempoh dua hingga tiga minit berbanding enam hingga 12 minit mengikut kaedah biasa.

VIDEO – NUTTY-NOTTY


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.