Orang ‘Bunian’ Masuk Rumah – Mawi Disaran Pindah? | Kecoh dunia apabila cerita rumah Mawi dan Ekin didakwa dimasuki bunian oleh seorang buruh Indonesia. Buruh Indoneisa berkenaan yang merupakan pekerja kontrak kawasan pembinaan berdekatan rumah Mawi tiba-tiba menjerit-jerit dan membaling batu kerumah Mawi. Tindakannya itu mengejutkan ahli keluarga Mawi yang berada dirumah berkenaan.

Mawi ketika itu berada di Sarawak atas urusan perniagaan manakala Ekin pula berada di Kuala Lumpur. Ketika kejadian, hanya anak Mawi, Cahaya Malaika, 1, berada dirumah bersama ibu mertua, nenek dan adik iparnya, Ain.

Temuramah Mawi dan Ekin

Pekerja kontrak itu mendakwa ternampak sepasang orang bunian memasuki rumah Mawi. Dia bertindak menjerit dan membaling batu kerana mahu menghalau sepasang orang bunian yang didakwanya sudah memasuki rumah Mawi pada petang itu.

“Menurut cerita daripada keluarga saya dan penyelia tapak pembinaan berdekatan rumah saya, lelaki itu sebenarnya sudah menunjukkan tanda-tanda aneh beberapa hari sebelum kejadian. Sebelum ini, lelaki itu pernah bekerja di tapak pembinaan sama sebelum pulang ke Indonesia dan kembali semula ke sini. Dia banyak kali meracau, murung dan mendakwa dapat melihat orang bunian sehinggalah pada petang Selasa lalu dia mahu menghalau sepasang orang bunian yang mengikutnya dari Dataran Merdeka, Kuala Lumpur daripada memasuki kawasan rumah saya sehingga memaksa dia membaling batu kerana gagal memanjat pintu pagar rumah saya.

“Lelaki itu menjerit-jerit dari luar rumah untuk menghalau pasangan orang bunian itu keluar. Katanya lelaki bunian telah keluar tapi perempuan bunian masih berada di dalam rumah. Kebetulan ada polis bantuan di belakang rumah saya dan mereka terdengar bunyi bising, kemudian datang menahan lelaki itu.” Jelas Mawi dalam laporan Kosmo Online.

Oleh kerana kejadian berkenaan dan beberapa kes pecah rumahnya sebelum ini, keluarga Mawi ada menyarankan agar mereka berpindah. Namun Mawi menjelaskan, dia sememangnya merasa fobia, trauma dan panik selepas kejadian berkenaan. Bagaimanapun untuk berpindah dia masih belum terfikir lagi.

Menurut Mawi juga, kerugian akibat kejadian berkenaan adalah sekitar RM10,000 kerana lelaki berkenaan telah memecahkan cermin tingkap rumah, pasu bunga dan lampu rumahnya. Penyelia lelaki itu berjanji akan membayar balik ganti rugi yang disebabkan oleh pekerjanya itu.

Mawi juga berkata dia tidak percaya lelaki berkenaan ada niat merompak dan mungkin ada masalah lain. Jelasnya, jika lelaki berkenaan mahu merompak rasanya dia tidak perlu bertindak sedemikian dan siang hari bukan waktu sesuai. Bagaimanapun Mawi menjelaskan dia percaya pada alam ghaib tapi untuk percaya kepada perkara tahyul agak susah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.