Pablo Aimar hampir pasti menyertai kelab dari selatan, Johor Darul Takzim (JDT). Perkara itu didedahkan oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) yang mengesahkan JDT hampir mendapatkan khidmat Pablo Aimar iaitu bekas pemain Benfica.

“Selari dengan prinsip PBNJ yang sentiasa akan membawa nama-nama besar dalam industri bolasepak untuk berkhidmat dengan pasukan Johor, kami semakin hampir mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak bersama Pablo Aimar.” kata baginda dalam satu kenyataan rasmi.

pablo aimar transfer to malaysia league johor darul takzim jdt

Kehadiran Aimar ke JDT sudah tentu akan memeriahkan lagi Liga Malaysia setelah pasukan itu sebelum ini pernah mendapatkan bekas pemain Sepanyol dan Italy, Guiza dan Del Nero. Selain itu, JDT juga dikhabarkan sedang berusaha mendapatkan beberapa pemain lagi untuk memperkuatkan skuadnya. Antara pemain lain yang dikaitkan dengan Harimau Selatan adalah dua pemain LIONSXII, Baihakki Khaizan dan Hariss Harun.

Untuk info, Pablo Aimar dikhabarkan telah menolak tawaran dari kelab Al Ahli kerana tidak bersetuju dengan beberapa perkara dalam kontrak yang ditawarkan dan lebih berminat menyarung jersi Harimau Selatan itu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.