Adakah benar bekas pemain kebangsaan Argentina, Pablo Aimar muncul di Johor? Benarkah dia telah mengikat kontrak dengan pasukan ‘kaya’ Johor Darul Takzim (JDT)? Jika smeuanya benar maka Liga Malaysia 2014 pasti akan bertambah meriah. Bila pemain bintang dan ternama bertandang ke Liga-M sudah tentu ianya bakal menjadi tarikan media asing.

Namun ianya belum pasti lagi. Info mengenai Pablo Aimar muncul di Johor adalah benar namun tentang ikat kontrak dengan Johor Darul Takzim (DT) ianya masih samar lagi. Bagaimanapun ada kemungkinan Pablo Aimar hampir pasti menyertai Johor Darul Takzim (DT) pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Memetik laporan Kosmo!, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan akan ada kejutan yang bakal diumumkan tidak lama lagi. Adakah itu petanda bahawa beliau sudah berjaya mendapatkan Pablo Aimar?

PABLO AIMAR

Difahamkan, pemain yang pernah beraksi untuk skuad kebangsaan Argentina itu sudah beberapa hari berada di Singapura dan datang ke Johor kelmarin bagi memenuhi jemputan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Bagaimanapun, pertemuan lebih sejam Aimar bersama Tunku Ismail dikatakan hanya berkisar mengenai negeri Johor selain mengundang pemain yang berasal dari Rio Cuarto, Argentina itu untuk mengenali Johor lebih dekat pada masa akan datang. Pada pertemuan itu juga tiada perbincangan mengenai urusan membawa pemain itu menyertai Johor Darul Takzim (Johor DT). Aimar bakal menamatkan kontrak bersama Benfica tahun depan selepas lima musim.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.