Padah Jumpa Bomoh Rawat Anak Patah Tangan | Bukan menafikan kehebatan bomoh. Bukan juga nak menjatuhkan imej perubatan tradisional. Namun hanya nak mengingatkan, kalau nak bawa jumpa perubatan tradisional pun biarlah yang betul-betul sah terbaik. Bila dah jadi apa-apa memang susah. Sama juga kejadian yang berlaku di Kuala Terengganu. Tangan seorang budak lelaki berusia empat tahun kini membengkak dan berwarna kehitaman selepas mendapatkan rawatan dari seorang bomoh yang merawat tangannya yang patah.

Menurut laporan Kosmo!, gara-gara tindakan bapa mangsa, Nor Azhadi Nordin, 35, mendapatkan khidmat seorang bomoh patah untuk merawat anaknya, Nor Arif Luqman yang bertindak membalut luka tangannya yang patah itu dengan kain. Bagaimanapun tindakan bomoh tersebut bukannya membantu memulihkan tangan budak itu sebaliknya menyebabkan ia membengkak dan berubah warna menjadi hitam.

budak patah tangan

Bimbang dengan keadaan itu, Azhadi dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Doktor yang merawat anaknya itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada tangan anaknya itu masih boleh diselamatkan atau tidak.

Azhadi memberitahu, anaknya terjatuh dari tangga ketika bermain di rumah di Kampung Telaga, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada pukul 2.30 petang. Apabila rasa sakit, anaknya beritahu tangan dia patah dan atas nasihat ahli keluarga, Azhadi bawa dia jumpa bomoh di Kampung Dusun sejauh 15 kilometer dari rumah.

Jelasnya, dia bagaimanapun curiga apabila melihat bomoh berusia 70-an itu membalut tangan anaknya terlalu ketat. Katanya, selepas ditanya, bomoh berkenaan memberitahu itu adalah cara rawatan untuk mengelak tangan anaknya bergerak dan tulang yang patah dapat bersambung semula. Namun keesokan tangan anaknya mula membengkak dan kehitaman lalu dia pergi semula berjumpa bomoh tetapi diberitahu ia berlaku sebab tangan anaknya terkena air.

Katanya, sehari kemudian, tangan anaknya bertambah teruk menyebabkan dia nekad membawanya ke Hospital Hulu Terengganu dan doktor memberitahu kesan patah tidak bercantum dan keadaan tangan anaknya parah. Jelasnya, anaknya kemudian dirujuk ke HSNZ dan terus dibedah tetapi doktor tidak dapat memastikan sama ada tangan anaknya itu masih boleh diselamatkan atau tidak dan hanya memantau perkembangan kesihatan mangsa.

“Menurut doktor, harapan untuk anak saya pulih adalah 50-50,” katanya yang tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas bomoh berkenaan.

Namun jelasnya, kejadian tersebut merupakan pengajaran kepada dia dan ahli keluarga dan berharap agar orang lain dapat mengambil iktibar daripada kejadian itu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.