Pelbagai tragedi menyayat hati sudah berlaku berkaitan kes tinggal atau tertinggal anak dalam kereta. Namun nampaknya ia belum cukup untuk memberi pengajaran kepada yang lain. Terbaru, dalam kejadian yang berlaku di Rembau, tindakan seorang pemandu meninggalkan dua anaknya yang berusia lingkungan 2 hingga 4 tahun dalam kereta mengundang padah.

Memetik sumber berita Sinar Harian, kenderaan yang ditinggalkan itu bergerak dan merempuh sebuah kereta serta pemiliknya, semalam. Dalam kejadian kira-kira 10.50 pagi itu di pekan Kota dua kanak-kanak itu dikatakan ditinggalkan bapanya dalam kereta di sebuah petak tempat meletak kereta dengan enjin kereta masih dihidupkan, dan salah seorang kanak-kanak terbabit sedang leka bermain di stereng.

padah tinggal anak dalam kereta

Bagaimanapun, secara tiba-tiba kereta itu bergerak ke hadapan sebelum merempuh sisi belakang sebuah kereta jenis sama milik seorang peniaga kuih di gerai berdekatan. Rempuhan turut mengenai peniaga terbabit, Salimah Arshad, 63, yang ketika itu selesai berniaga dan sedang mengemas gerainya. Akibat rempuhan itu, Salimah yang cedera dikejarkan ke Klinik 1Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut.

Menantu Salimah, Norliza Omar, 41, berkata, ketika kejadian, dia berada di gerai kuih dan terkejut mendengar bunyi hentaman kuat. Menurutnya, dia segera memandang kereta yang merempuh itu dan melihat dua kanak-kanak berkenaan sedang memegang stereng. Norliza berkata, ketika kejadian, kereta ibu mertuanya diletakkan secara melintang untuk memasukkan khemah gerai ke dalam kereta.

“Ketika itu, ibu mertua saya baru saja mahu masuk ke tempat duduk pemandu. Bayangkan, ibu mertua saya tercampak ke pagar. Mujur tak tercucuk pada pagar dawai. Keretanya juga sudah kemek sedikit akibat rempuhan itu,” katanya yang kesal dengan kecuaian pemandu kereta berkenaan meninggalkan anaknya sesuka hati dalam kereta tanpa pengawasan.

Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit, Ziyauudeen Mansoor Sahib, 34, berkata, sebaik saja melihat mangsa sudah tercampak, mereka bergegas membantu menyelamatkannya. Selain itu katanya kakitangan Telekom Malaysia (TM) yang membantu membawa masuk mangsa ke dalam van syarikat untuk di hantar ke klinik.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, berdasarkan laporan dibuat, pemandu berusia 30-an itu mendakwa kejadian berlaku disebabkan dia tidak menekan brek tangan dengan sempurna. Bagaimanapun, polis akan buat siasatan menyeluruh berhubung kejadian ini.

p/s: Entah nak bagi pesanan apa lagi, sebab bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Langsung tak ambil pengajaran…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.