Wah, makin popular la nampaknya selepas ini Pak Guard Azman. Inilah orang kata rezeki yang tak dijangka. Hasil perbuatan orang lain Pak Guard Azman boleh tumpang senang. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin semasa dan selepas kena maki dengan isteri pemain bola sepak popular itu Pak Guard Azman rasa sedih dan terkilan. Kini semuanya mungkin berubah menjadi senyuman.

Memetik laporan Sinar Harian, pengawal keselamatan, Pak Guard Azman atau nama sebenarnya Azman Md Nayan sekali lagi menjadi bualan ramai di alam maya apabila fotonya bersama aktres jelita, Izara Aishah dan pelakon meningkat naik, Dazrin Kamarudin di kawasan parkir di sebuah lapangan terbang tersebar luas. Difahamkan, mereka sedang menjalani penggambaran untuk drama TV9, Cinta Pandang Ke-2 arahan pengarah berbakat besar M Nazir Juhan atau Jet Lee.

Penampilan pengawal keselamatan itu yang sebelum ini terlibat kontroversi kerana insiden maki hamun oleh isteri kepada pemain bola sepak terkenal negara ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai. Selain ada yang memuji, ada juga menyifatkan bahawa produksi drama tersebut sengaja mencari publisiti di atas kontroversi yang melanda pengawal keselamatan itu.

Bagaimanapun, pengarah drama berkenaan, Jet Lee memberitahu, penglibatan Azman dalam drama arahannya itu hanya satu kebetulan.

“Ketika itu, kami sedang buat penggambaran di kawasan parkir, sebuah lapangan terbang. Oleh kerana melibatkan tempat parkir, kami memerlukan seseorang yang beruniform, jadi pengurus produksi panggil Azman untuk menjadi pelakon tambahan sebagai pengawal keselamatan yang juga memang tugasnya. Kebetulan pula, waktu itu dia sedang berehat makan tengah hari,” katanya dalam laporan tersebut.

Mengulas mengenai babak berkenaan yang dikatakan sama seperti pernah dialami oleh pengawal keselamatan itu, kata Jet Lee, dia tidak berniat untuk menyindir apatah lagi menyinggung perasaan orang lain dengan watak yang diberikan kepada Azman itu.

pak guard azman berlakon drama cinta pandang ke-2

“Dia bawa watak sebenar, jadi saya hanya suruh dia berkelakuan seperti dia sedang bekerja. Jadi, sebagai seorang pengawal keselamatan di kawasan parkir dia berhak untuk menegur apa yang betul atau tidak,” katanya sambil memberitahu babak lakonan Azman hanya mengambil masa selama dua minit.

p/s: Tahniah pada Pak Guard Azman. Dah jadi pelakon popular nanti harap jangan lupa diri macam orang tu sudah yer..


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.