Pameran MAHA 2012 Siri Ke-7 Bermula 23 November 2012 | Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2012 siri ketujuh bermula semalam, 23 November 2012 sehingga 2 Disember 2012. MAHA 2012 akan menyajikan pelbagai tarikan dan program menarik sepanjang 10 hari, acara dwi tahunan anjuran MARDI diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang serta dijangka menarik tiga juta pengunjung.

MAHA kali menawarkan pelbagai tarikan baru, antaranya labu paling besar dari Cameron Highlands di Laman Sayur, selain rangka ikan paus Brydes yang ditemui terdampar di Pantai Pulau Sayak, Sungai Petani, Kedah, pada Februari 2011 di Laman Perikanan.

Di Laman Florikultur pula beraneka bunga dihias cantik berkonsepkan taman perkahwinan diwujudkan untuk pasangan pengantin baru untuk merakam saat indah perkahwinan mereka. Turut menjadi tarikan, lelongan sejuta jagung, lelongan haiwan ternakan dan lelongan sayur-sayuran segar dan sihat.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.