Semestinya seluruh Malaysia masih teruja dengan sumbangan pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dari gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong.

Tahniah diucapkan kepada Pandelela dan Jun Hoong. Kejayaan anda berdua diharap menjadi penyuntik semangat kepada atlet lain untuk meneruskan rentak cemerlang di Brazil.

PANDELELA RINONG DAN CHEONG JUN HOONG DAPAT PENCEN SEUMUR HIDUP

Lagi penambah semangat apabila Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong akan berkongsi ganjaran RM600,000 serta pencen bulanan RM3,000 seorang sebagai ganjaran atas kejayaan berkenaan.

Memetik sumber berita, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata Pandelela dan Jun Hoong akan berkongsi sama rata hadiah wang tunai RM600,000 itu manakala pencen bulanan itu akan bermula serta-merta.

Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, pemenang pingat emas akan menerima RM1 juta dan pencen bulanan RM5,000, perak pula RM600,000 dan pencen bulanan RM3,000, manakala gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.

Sebelum ini, Pandelela menjadi atlet wanita pertama Malaysia memenangi pingat di Sukan Olimpik apabila mendapat gangsa dalam acara 10m platform individu di edisi London, empat tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan Pandelela hanya akan menerima satu pencen sahaja iaitu jumlah tertinggi antara pingat perak dan gangsa yang diperolehnya.

Sebagai makluman, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong berjaya meraih pingat perak acara 10 meter platform seirama wanita, untuk pingat pertama negara di Sukan Olimpik Rio, selepas mengumpulkan 344.34 mata di belakang pemenang emas dari China manakala gandingan Kanada mendapat gangsa.

Selain Pandelela, Datuk Lee Chong Wei juga adalah pemenang dua pingat perak Sukan Olimpik selepas menang secara berturut-turut pada edisi 2008 di Beijing dan 2012 di London.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.