Ops.. Kecoh juga media sosial dengan tersebarnya video rakaman panggilan hangit Hot FM yang melibatkan isteri kepada pemain bola sepak pasukan Terengganu, Norfarhan Mohammad. Apa taknya, panggilan berkenaan dianggap melampau dan boleh menyebabkan rumahtangga Norfarhan bermasalah.

Nasib baik isteri Norfarhan yang dipanggil Kak Su begitu cool dan baik orangnya. Dia tenang dari mula panggilan hingga ke akhir. Bayangkan kalau isteri yang jenis cepat pemarah, mahu dia letak telefon dan terus serang suami dia yang langsung tidak bersalah ataupun terkejut mendengar khabar berkenaan.

panggilan hangit hot fm kepada isteri norfarhan mohammad melampau

Menerusi panggilan hangit berkenaan, seorang wanita (orang Hot FM) mengatakan dia terlanjur dengan Norfarhan dan kini sedang hamil hasil hubungan terlarang itu. Kemudian wanita berkenaan mendakwa Norfarhan enggan bertanggungjawab dan wanita berkenaan turut memberitahu dia kini berdepan masalah dengan tekanan dari keluarga.

Ammboi bukannya nak salahkan sesiapa. Tetapi benda ini bukan main-main. Nak mainkan orang pun ada batasnya. Kalau sampai dakwa berzina dan hamil anak luar nikah memang agak melampau dan keterlaluan.

Walaupun isteri Norfarhan boleh menerima gurauan ini sekalipun, ammboi harap pihak berkenaan ambil iktibar dan fikir secara matang untuk berbuat perkara seperti ini. Dalam pada itu, pesanan untuk kaum wanita juga, contohilah Kak Su, kerana beliau tenang berdepan dengan situasi sedemikian. Siap boleh ajak berbincang lagi.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.