Panggilan ‘Sayang’ Di Twitter – Mahali Akui ‘Berkawan’ Dengan Tasha Shila | Nampaknya dah jadi trend artis bercinta dengan pemain bola sepak kot. Terbaru, timbul gosip percintaan antara pemain pasukan Selangor dan kebangsaan, Mahali Jasuli yang dikatakan sedang bercinta dengan Tasha Shilla. Ikuti penjelasan Mahali dibawah.

Mulanya gosip ini timbul semenjak Mahali yang muncul dalam program MeleTop di Astro Ria, baru-baru ini dengan menyatakan hasrat bakal memilih Tasha Shilla sebagai isteri seandainya diberikan pilihan wanita di kalangan artis tempatan.

mahali jasuli dan tasha shila

Namun gosip berkenaan makin berasas apabila Tasha Shila membalas respon Mahali dengan menghantarkan mesej menerusi laman Twitter dengan menggelarkan Mahali dengan nama Sayang. Baru baru ini ketika Mahali menjaringkan gol untuk pasukannya, Selangor, Tasha telah memuat naik status “Goal!!!!!U’re the best sygku @Mahali2489 ♥♥♥♥” dan seterusnya mendapat balasan “Terima kasih Sayangku ♥♥♥♥”.

Nampak macam makin serius namun Mahali masih tenang menjawab kisahnya dengan Tasha Shila kepada pihak media. Katanya, sebolehnya dia tidak mahu perkara berkaitan dirinya dan Tasha menjadi kecoh. Bagaimanapun, Mahali tidak menolak bahawa dia sedang berkawan Tasha Shila.

“Saya dengan Tasha masih berkawan. Belum sampai ke tahap bercinta atau lebih serius. Terus-terang, saya sudah kenal dia sejak November tahun lalu. Hubungan kami lebih kurang lima bulan. Sebelum ini, saya pernah mengatakan kepada media bahawa saya amat meminati Tasha. Selepas itu, peminat Tasha telah mencari saya dan menjemput saya menghadiri jamuan hari lahirnya. Dari situlah kami mula berkenalan dan berkawan. Kiranya kami berkenalan apabila peminat Shila yang kenalkan kami,” katanya dipetik dalam laporan murai.com.my.

Menjelaskan mengenai panggilan Sayang yang diberikan Tasha terhadap dirinya, Mahali merasakan panggilan tersebut tidak salah diberikan kepada seorang kawan.

“Sekarang ini, kami jarang berjumpa kerana masing-masing sangat sibuk. Namun, kami sering bertanya khabar dengan menghantar mesej. Semasa diwawancara dalam program MeleTop, saya sudah pun berkawan dengan Tasha. Rasanya tidak salah kalau Tasha panggil saya dengan panggilan Sayang walaupun hubungan kami hanya sebagai kawan,” ujarnya.

Apa sekalipun, Mahali memohon kerjasama dari semua pihak supaya tidak melebih-lebihkan perhubungan mereka. Permintaan ini dibuat berdasarkan komitmen kerjayanya yang memaksa diri beliau lebih fokus terhadap sukan bola sepak tempatan.

p/s: Ok la tu kan.. Harap Mahali terus berjaya!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan