Parlimen Bubar Hari Ini Hanya Berita Palsu – Pejabat Perdana Menteri | Tiba-tiba sahaja ada berita kontroversi mengenai pembubaran parlimen oleh Perdana  Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. Namun berita berkenaan dinafikan oleh Pejabat Perdana Menteri sebagaimana petikan dibawah.

Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan hari ini, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan. Menurut laman Twitter pejabat media perdana menteri, khabar angin itu tidak benar sama sekali.

twitter pejabat perdana menteri isu bubar parlimen

Salam sejahtera. Khabar angin yang menyatakan Perlimen akan dibubarkan hari ini oleh Perdana Menteri @ Najib Razak tidak benar sama sekali – Petikan Twitter Pejabat Akhbar Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada pukul 7.55 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian. Mungkin kerana itu, berita palsu berkenaan mula tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara. Sedangkan menjadi kebiasaan bagi perdana menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet setiap Rabu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.