Astaghfirullah al-Azim, memang manusia jenis ni tak ada hati perut dan langsung tidak berperikemanusiaan. Haiwan pun tidak lakukan perkara sekejam ini terhadap anak mereka. Ini kan pula manusia. Semata-mata mahu menyembunyikan aib mereka yang sememangnya sudah tiada, mereka menambah pula dosa mereka dengan membunuh.

Kejadian ini berlaku di Miri, Sarawak pada petang semalam. Seorang pengawal keselamatan menceritakan apa yang beliau saksikan. Namun beliau tidak sempat untuk menyelamatkan bayi malang berkenaan kerana sudah meninggal dunia setelah ditanam hidup-hidup oleh pasangan kekasih terkutuk itu. Pengawal keselamatan itu mulanya menyangka pasangan berusia 20-an terbabit mahu menceroboh ladang, namun merasa pelik melihat mereka membawa sesuatu objek dalam plastik sampah.

pasangan kekasih kejam tanam bayi hidup hidup

Ketika mengintai dari jauh, pengawal itu mendapati pasangan terbabit menggali tanah berhampiran pondok pengawal keselamatan di situ sebelum menanam objek yang dikeluarkan dari beg plastik dibawa mereka. Tangisan dan rontaan seorang bayi masih bertali pusat dalam plastik sampah tidak dihiraukan ibunya bersama teman lelaki, ketika menanam mangsa hidup-hidup dalam lubang tepi pagar ladang sawit dekat Suai, Niah. Apabila tangisan bayi itu tidak lagi kedengaran, pasangan terbabit segera meninggalkan kawasan terbabit, membuatkan pengawal keselamatan berkenaan bergegas melakukan pemeriksaan.

Sebaik pengawal itu melihat kesan tanah baru digali, dia segera mengoreknya sehingga ternampak kaki kanan bayi terbabit, sebelum segera memaklumkan kejadian itu kepada pengurus ladang yang kemudian menghubungi polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathon Ringgit, berkata sepasukan anggota Balai Polis Pusat Miri bergegas ke lokasi. Sebaik tanah itu dikorek sepenuhnya, polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat serta masih bertali pusat, dibungkus dengan kain lampin serta selimut mempunyai tanda untuk kegunaan hospital, dipercayai baru dilahirkan.

Polis tidak menolak kemungkinan bayi itu hasil hubungan terlarang sebelum ditanam. Ini berdasarkan keterangan pengawal keselamatan yang melihat gelagat dua suspek di lokasi, katanya. Beliau berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan maklumat dari Klinik Kesihatan Batu Niah dan Hospital Miri untuk mengenal pasti latar belakang individu yang melahirkan bayi sejak beberapa hari lalu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.