Terkejut ammboi baca artikel gosip dalam ruangan sebuah akhbar popular. Gosip berkenaan turut sudah tersebar meluas di media sosial. Gosip yang memang cukup panas dan kalau tak betul boleh jadi fitnah. Namun kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang kan. Jadi, kita pula jangan ambil yang negatif. Lagipun tiada nama didedahkan.

Sekadar pengajaran

Mana-mana yang terdorong untuk melakukan sesuatu yang ‘salah’ tu, bila dah baca cerita ini ammboi harap mohon sedar sebelum terlambat. Mana yang sudah terlanjur pula, Insya ALLAH, belum terlambat untuk bertaubat.

Gosip dibawah adalah mengenai seorang pelawak baru hendak mencipta nama dan pengacara muda tempatan kita. Mereka berdua baru-baru ini dikatakan hangat menjalin hubungan cinta. Namun apabila ditanya kepada pengacara berkenaan mengenai perkembangan terkini hubungan mereka, pengacara itu menjelaskan, kebelakangan ini mereka jarang bertemu. Begitupun, dia enggan mengulas lanjut.

gambar hiasan

Namun, yang penulis ruangan gosip itu ceritakan bukan perihal hubungan mereka yang ibarat perahu dilambung ombak, sebaliknya cerita buruk dibuat pelawak itu mengenai pengacara terbabit. Patutlah sebelum ini banyak cerita tidak sedap disebarkan pelawak itu membabitkan pengacara terbabit, rupa-rupanya hubungan mereka bergolak. Lebih mengejutkan apabila pelawak ini bercerita dengan orang keliling bahawa sepanjang berhubungan, dia dan pengacara itu hidup seperti suami isteri. Kata pelawak itu, dia sudah rasa semua yang ada pada pengacara itu, termasuk depan dan belakang.

Entah apa yang difikirkan oleh pelawak itu. Kalau benar mereka sudah sejauh itu, benda bukannya boleh dibanggakan pun. Hanya buka aib sendiri. Harap mereka berdua diberi petunjuk dan keinsafan. Semoga masih belum terlambat.

p/s: Kalau benarlah cerita ini… susah nak komen. Minta dijauhkan dari kita semua…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.