Pasukan Liga Super Cuba Dapatkan Wan Zack Haikal Dari FC Ryukyu? | Nampaknya hasrat untuk melihat pemain bola sepak Malaysia beraksi bersama kelab luar negara mungkin lenyap lagi. Ini kerana sudah ada laporan mengatakan pasukan Liga Super Malaysia (MSL) sedang mengintai mahu mendapatkan Wan Zack Haikal dari kelab divisyen 3 Jepun, FC Ryukyu.

Menurut sumber FOX Sports, pasukan Liga Super itu telah menghubungi Wan Zack dan Ryukyu dan pemain sayap itu telah menyatakan hasrat untuk pulang ke Malaysia. Namun, difahamkan Ryukyu telah menyatakan kepada pasukan tersebut bahawa mereka perlu mendapatkan pengesahan dan kebenaran dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Harimau Muda A seperti yang tertera dalam klausa kontrak Wan Zack bersama kelab tersebut.

Diharapkan ada pihak boleh menasihatkan Wan Zack agar terus kekal disana. Dia ada peluang untuk menimba pengalaman dan seharusnya Wan Zack memanfaatkannya sebaik mungkin. Begitu juga dengan Nazirul Naim, diharapkan dia mampu meningkatkan prestasinya seterusnya dipilih ke dalam skuad utama pasukan.

wan-zack-nazirul-naim-fc-ryukyu

Untuk info, Wan Zack Haikal telah mengikat kontrak FC Ryukyu bersama-sama dengan rakan sepasukan Harimau Muda, Nazirul Naim pada Mac 2013. Bagaimanapun Wan Zack kini sedang merawat kecederaan dan telah membuat penampilan pertamanya bersama kelab tersebut pada April lepas. Sementara Nazirul masih merebut tempat dalam pasukan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.