Kenaikan harga minyak baru-baru ini sememangnya tidak dinafikan menjejaskan perbelanjaan harian rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Dengan kenaikan itu, maka bertambahlah beban kewangan mereka. Sebagai contoh, biasanya mereka hanya membelanjakan RM400 sebulan untuk minyak dan ekoran kenaikan itu, ia meningkat naik kepada RM440 sebulan. RM40 sudah cukup banyak dan boleh digunakan untuk pelbagai keperluan lain lagi.

kenaikan harga minyak petrol dan diesel

Jadi untuk meringankan beban berkenaan, Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) mencadangkan kerajaan supaya memansuhkan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans bagi kenderaan berkapasiti kurang daripada 2,000 cc. Dipetik dari Kosmo!, Presidennya, Datuk Hashim Othman berkata, kerajaan harus peka terhadap keperluan golongan berpendapatan rendah dan sederhana supaya golongan berkenaan dapat mengharungi cabaran semasa ekonomi negara.

“Saya berharap, daripada penjimatan yang diperoleh daripada pengurangan subsidi bahan api dapat digunakan untuk memansuhkan cukai jalan kenderaan dan pengurangan kadar insurans,” katanya dipetik dari sumber berkenaan.

p/s: Cadangan yang agak baik dan sewajarnya mendapat perhatian kerajaan…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.