PDRM Nafi Kuala Lumpur Antara 10 Bandar Paling Berbahaya Di Dunia | Oleh kerana tersebarnya sebuah laporan mengenai Kuala Lumpur antara 10 bandar paling berbahaya di dunia, ianya terus mendapat reaksi pelbagai pihak. Ada yang terkejut dengan laporan berkenaan dan menyifatkan ianya satu tindakan yang cuba mencemarkan imej negara. Dengan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil untuk menafikan dakwaan berkenaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook PDRM, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai maklumat itu seterusnya menyebarkan maklumat berkenaan.

kuala-lumpur-bandar-paling-aman-didunia

MAKLUMAT PALSU: Dakwaan sebuah laman sesawang yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI. Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman sesawang tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada pihak polis. Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi. Sepanjang tempoh 3 tahun iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan jenayah indeks di Kuala Lumpur sebanyak 31.8%, hasil usaha berterusan pihak polis dalam menangani isu jenayah di bandaraya tersebut. – Petikan Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

p/s: Diharap dengan penjelasan ini boleh menenangkan sedikit keadaan. Dan sekiranya laman web berkenaan berniat cuba menfitnah atau menyebarkan laporan palsu, rasanya tindakan undang-undang boleh diambil ke tak?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.