Pekerja Binaan Maut Tersepit Di Projek Landasan LRT Puchong | Seorang pekerja binaan Mohammad Hanafi Abdullah, 23, maut selepas tersepit antara tiang dan palang pelancar ‘Galang Segmen Kekotak’ di landasan Transit Aliran Ringan (LRT) yang sedang dibina di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Muhibbah, Puchong.

Mangsa yang berasal dari Kedah, disahkan meninggal dunia di Klinik 1Malaysia Kampung Muhibbah pada pukul 1.28 petang. Pengurus Pembinaan Bina Puri-Tim Sekata JV, Kenny Tiew berkata kejadian pada pukul 11.20 pagi itu berlaku ketika Mohammad Hanafi, yang merupakan pekerja sub kontraktor dan beberapa pekerja lain sedang bekerja di landasan itu.

“Selepas mangsa tersepit, pekerja lain segera menghubungi pihak bomba dan dia dapat dibawa turun dari landasan LRT. Pegawai perubatan terus memberi bantuan pernafasan hingga mangsa sedar… selepas itu dia muntah tetapi pengsan semula,” katanya kepada pemberita.

Tiew berkata selepas itu, mangsa dibawa ke Klinik 1Malaysia Kampung Muhibbah berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan dalaman. Beliau berkata ekoran kejadian itu kerja-kerja pembinaan di kawasan itu dihentikan sementara untuk siasatan oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.