Lain orang, lainlah pengamalam hidupnya. Ada yang senang-lenang sejak lahir sampai ke tua dan ada juga yang sedikit malang, susah sejak kecik sampai mati. Apapun, itulah lumrah kehidupan. Begitu juga dengan pelakon filem Bunohan ini. Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim,31, mendedahkan pengalamannya bekerja di sebuah restoran makanan segera dan dibuang sekolah pada usia 16 tahun antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Pekin berkata dia sanggup meninggalkan kampung halamannya di Kota Baharu, Kelantan pada tahun 1998 untuk berhijrah ke Kuala Lumpur semata-mata mahu bergelar artis. Katanya, beliau tinggalkan pelajaran dan berhijrah ke Kuala Lumpur bersama Danny (X-Factor).

“Kami bekerja di restoran A&W di Subang Jaya dan banyak mencuba nasib untuk jadi artis. Saya pernah kena tipu dan berpindah dari satu rumah ke satu rumah. Yang paling kelakar saya cuba nak ubah loghat Kelantan saya selain mahu bercakap dalam Bahasa Inggeris ketika di Kuala Lumpur,” kata Pekin.

Pekin memberitahu, kisah tersebut adalah sebahagian daripada pengalaman silamnya yang akan dibukukan dalam karyanya berjudul Memoir Bukan Memoir Pekin Ibrahim yang dijadualkan bakal berada di pasaran bulan hadapan. Pekin berkata, buku yang masih dalam proses pembikinan itu mempunyai 70 bab yang antara lain turut berkisar bagaimana dia ditipu oleh sesetengah pihak sebelum bergelar artis.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.