Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Jertih mendakwa dicabul oleh guru agama perempuan sekolahnya. Kejadian berkenaan didakwa berlaku pada waktu persekolahan pagi Jumaat lalu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 9 pagi ketika mangsa berada di koridor bangunan kelas untuk menunggu kedatangan bapanya ke sekolah bagi bertemu guru untuk membincangkan masalah mangsa yang dipukul pelajar perempuan lain sehari sebelum itu.

Menurut sumber, ketika berada di koridor itu, mangsa terserempak dengan ustazah tersebut yang menegur kain tudung dipakainya selain bertanya khabar mengenai kejadian dia dipukul. Mangsa kemudian mendakwa ustazah tersebut telah meramas buah dadanya ketika memeriksa tudung dipakainya sehingga menyebabkan mangsa berasa sakit.

Mangsa menangis kesakitan dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa dan ahli keluarganya sebelum bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja. Difahamkan juga ustazah terbabit turut membuat laporan polis terdahulu sebelum itu.

pelajar perempuan dakwa dicabul ustazah guru agama wanita

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu, lapor Sinar Harian.

p/s: Kalau fikir logik, takkanlah seorang Ustazah tergamak buat benda sebegitu. Mungkin ada tindakannya memeriksa pakaian termasuklah pakaian dalam pelajar perempuan berkenaan. Harap pihak berkenaan siasat kes ini dengan terperinci. Bukan nak menuduh, tapi banyak kes pelajar ‘balas dendam’ kepada guru dengan pelbagai cara seperti ini sejak kebelakangan ini…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.