Pelajar Dilantik Jadi Pengurus Pasukan Bola Hasil Pengalaman Main Game | Kehebatan bermain permainan video Footbal Manager akhirnya membuahkan hasil bagi seorang pelajar kerana baru-baru ini dia diterima untuk bekerja sebagai pengurus pasukan ‘A’ FC Baku di Azerbaijan.

Vugar Huseynzade, seorang pelajar berusia 21 dari Sweden, mendapat pekerjaan di salah satu daripada kelab bola sepak teratas Azerbaijan dan dikatakan berjaya mengenepikan nama-nama besar termasuk lagenda Perancis, Jean-Pierre Papin untuk jawatan itu – walaupun pengalaman beliau hanya menguruskan sebuah pasukan di dalam komputer. Namun minatnya pada permainan maya, ijazah Pengurusan Perniagaan dari Universiti Boston, serta sedikit pengalaman dengan agensi sukan di Amerika Syarikat nampaknya cukup untuk membolehkan dia diterima ke jawatan tersebut.

vugar

“Saya sentiasa mahu bekerja dalam bola sepak dan telah bermain Football Manager sejak tahun 2002,” kata Huseynzade kepada sebuah akhbar Scandinavia, Aftonbladet.

Huseynzade yang memang dilahirkan di Azerbaijan diberi tanggungjawab sebagai pengurus pasukan rizab selepas penyandang sebelumnya, Kamran Ismayilov meninggalkannya lebih daripada dua tahun lalu. Akhbar berkenaan melaporkan bahawa pertemuan dengan naib presiden FC Baku membantu dia pada awalnya mendapatkan pekerjaan di kelab itu sebagai pembantu penasihat pada Februari lalu.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.