Pelajar Dipaksa Mengaku Ada Hubungan Sulit Dengan Guru Wanita | Alamak, apa kes ni? Sampai dipaksa mengaku ada hubungan sulit dengan guru? Kalau betul tak apalah. Kalau fitnah macam mana pula. Tak tahu dosa pahala ke menuduh orang berzina? Sekiranya benar pun, tunjukkan bukti dahulu baru boleh buat tuduhan dan ambil tindakan. Kejadian ini berlaku pada seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun di Pendang apabila beliau dipaksa untuk membuat pengakuan ada hubungan sulit (zina) dengan seorang guru wanita.

Manurut laporan BH Online hari ini, seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh di Pendang membuat laporan polis mendakwa dipaksa membuat pengakuan berzina dengan seorang guru sandaran wanita di sekolah itu. Laporan itu dibuat pelajar berusia 16 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang, di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam selepas pengakuan yang dipaksa dibuatnya itu menyebabkannya menerima kesan, termasuk diberhentikan sekolah.

Pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Wan berkata, dia dipaksa membuat pengakuan itu kira-kira sebulan lalu ketika dipanggil ke sebuah bilik oleh guru disiplin pada 2 Oktober lalu. Katanya, seorang guru yang ditemui kemudian menuduhnya melakukan hubungan sulit dengan seorang guru sandaran wanita berusia 20-an yang mengajar bahasa Inggeris. Malah, guru itu turut mendakwa mempunyai bukti kukuh mengenai kejadian itu.

“Saya menafikannya dan meminta guru berkenaan menunjukkan bukti, namun guru itu enggan atas alasan ia untuk simpanan sekolah. Guru itu kemudian memberikan saya sehelai kertas dan pen lalu memaksa saya menulis surat pengakuan. Akur dengan arahan itu, saya menulis surat pengakuan dalam keadaan terpaksa, walaupun tidak berpuas hati kerana berasa dianiaya atas tuduhan tanpa bukti itu. Susulan itu, pihak sekolah menghubungi bapa saya dan memintanya datang ke sekolah sebelum saya dimaklumkan digantung persekolahan sehingga 15 Oktober lalu,” katanya ketika ditemui.

Wan mendakwa, dua hari kemudian dua guru lelaki datang semula ke rumahnya memaksanya mengisi borang pertuduhan kes berkenaan.

“Dua guru lelaki itu termasuk ustaz datang ke rumah dan mengajak saya ke sebuah kedai makan atas alasan untuk menenangkan fikiran saya. Bagaimanapun, saya tidak dibawa ke kedai berkenaan, sebaliknya diminta mengisi borang pertuduhan dan menandatanganinya sebelum dihantar semula ke rumah. Selepas itu, pada 21 Oktober lalu, saya terima surat pemberhentian daripada pihak sekolah yang bertarikh 15 Oktober. Ia amat memusykilkan kerana surat penggantungan bertarikh 4 Oktober hanya diterima pada 24 Oktober. Justeru, saya tampil membuat laporan polis untuk membersihkan nama selepas berasakan diri teraniaya,” katanya.

Sementara itu, ibu saudara pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, keluarganya tidak berpuas hati dengan cara pihak sekolah mengendalikan kes berkenaan kerana mereka dinafikan hak untuk mendapatkan penjelasan yang sewajarnya.

“Saya terima jika tuduhan itu benar, namun mereka tidak memanggil keluarga berbincang dan langsung tidak menunjukkan sebarang bukti jelas serta semuanya hanya pada peringkat dakwaan,” katanya.

Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan yang dibuat pelajar terbabit.

p/s : diharap siasatan dapat dijalankan dengan sebaiknya. pihak yang kata ada bukti tu diharap kemukakan bukti berkenaan. ini berkaitan maruah keluarga dan masa depan pelajar terbabit. guru wanita itu juga pasti terjejas ‘masa depannya’ juga.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.