PELAJAR JUAL BAUCER BANTUAN BUKU 1MALAYSIA (BB1M) BAKAL DIKENAKAN TINDAKAN! | Polis akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang menjual baucar Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) pada harga lebih murah untuk mendapatkan wang tunai.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata baucar buku bernilai RM200 yang diberikan oleh kerajaan itu seharusnya tidak diselewengkan oleh penerima sebaliknya harus digunakan untuk tujuan sebenar.

 Tambah beliau, terdapat laporan menyatakan baucar tersebut dijual oleh segelintir penerima untuk mendapatkan wang segera, polis akan siasat dan mana-mana pihak yang didapati salah guna baucar tersebut dan akan tengok apa bentuk tindakan sewajarnya yang patut diambil samada serahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengambil tindakan atau selainnya.

P/S : BAGI AMMBOI ISU JUAL ATAU LELONG BAUCER INI TAK PERLULAH DIPERBESARKAN. MUNGKIN ADA YANG SUDAH RIDAK PERLU MENGGUNAKANNYA, JADI ADALAH LEBIH BAIK DIA JUALKAN PADA YANG NAK KAN? ITU JUGA PENDAPAT RAMAI YANG KOMEN DI BLOG AMMBOI ATAU AKHBAR.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.