Seorang pelajar Malaysia terpaksa menerima 11 jahitan selepas cedera ditikam 14 kali oleh tiga remaja dalam satu kejadian di Nottingham, United Kingdom semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Ahmad Izat Ahmad Mazni dikatakan baru pulang daripada menonton perlawanan bola sepak.

Memetik sumber berita, Ahmad Izat dalam Twitternya memaklumkan, dia telah dirompak dalam kejadian itu dan penjenayah telah mengambil telefon bimbit, jam tangan serta dompetnya.

ahmad izat ahmad mazni cedera ditikam 14 kali di nottingham united kingdom

“Saya juga terkena tikaman di kepala, di dada, belakang badan, kaki kiri, celah paha, kaki kanan, lengan dan dikelar di beberapa tempat di badan. Saya telah keluar hospital semalam dan kini sedang berehat kerana pergerakan terhad,” ujarnya.

p/s: Alhamdulillah. Dengar kepada kena tikam 14 kali tu ingat dah… Mujur hanya mengalami cedera sahaja…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.