Dua kes histeria dilaporkan berlaku minggu ini iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang dan satu lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia, Kuching. Berkenaan kejadian yang berlaku di SMK Seri Setia, salah seorang pelajar menceritakan kejadian ngeri yang menimpanya dan membuatkannya pengsan.

“Saya melihat satu lembaga berambut panjang keluar daripada badan rakan yang dirawat seorang ustaz dan menuju ke arah saya. Selepas itu, saya terus tidak sedarkan diri,” kata Akilah Mansur, 17. Mengimbas kejadian Isnin lalu, Akilah berkata, pada mulanya dia cuba menenangkan beberapa rakannya yang ketakutan selepas diserang histeria. Berdasarkan sumber berita, kira-kira 70 pelajar diserang histeria ketika perhimpunan pagi di dewan sekolah, Isnin lalu dan ianya berulang lagi, semalam.

kepada pelajar yang mengalami histeria, Azian Ibrahim (kanan) menunjukkan luka dialami adiknya, Natasha.

Kakak kepada pelajar yang mengalami histeria, menunjukkan luka dialami adiknya, salah seorang pelajar yang diserang histeria.

Masalah itu yang dikatakan bermula sejak Jumaat minggu lalu memaksa pihak pengurusan menutup sekolah itu enam hari, bermula semalam. Tindakan pengurusan sekolah menangguhkan sesi persekolahan buat sementara hingga Isnin depan disambut baik ibu bapa yang berharap serangan histeria terhadap pelajar dapat diselesaikan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.