Dalam banyak-banyak cerita mengenai musim baru persekolahan, ini adalah yang paling melampau. Tak sangka remaja 17 tahun boleh bertindak menyerang gurunya dengan senjata tajam seperti kerambit. Nampak seperti budaya samseng dikalangan pelajar sekolah semakin menular.

Menerusi laporan semalam, seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis didakwa mencederakan seorang guru lelaki dengan kerambit pada hari pertama persekolahan, pada Khamis. Kejadian dipercayai berlaku selepas pelajar lelaki itu ditegur oleh guru berkenaan kerana menggayakan rambut ala ‘punk.’

Hari ini, menerusi laporan mStar Online, pihak polis mengesahkan sudah menahan pelajar berkenaan. Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata, suspek lelaki berusia 17 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi Jumaat di rumahnya di Kuala Perlis. Katanya lagi, pihak polis telah mendapat perintah reman untuk menahan pelajar tersebut sehingga Isnin depan.

gambar pelajar punk serang guru di smk kuala perlis

Sementara itu, guru yang terlibat dengan insiden itu enggan memberikan sebarang komen dan memberitahu pemberita bahawa dia menyerahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut. Guru tersebut mengalami kecederaan di bawah mata kanannya dan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.