Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون‎) | Kalau sudah sampai masanya, benda tak bahaya pun boleh jadi bahaya. Sebagaimana yang berlaku di PPRT Tanah Putih, Gua Musang petamg semalam, seorang pelajar berusia 14 tahun maut, dipercayai terjerut tali buaian di dalam sebuah bilik.

Memetik sumber berita, kejadian berlaku ketika kakak ipar mangsa sedang sibuk menyuap makanan kepada anak serta anak saudaranya. Mangsa, Nor Aiman Nor Azmi, dijumpai oleh abangnya Mohd Noryussairul Anuar, 19 tahun, dalam keadaan tergantung dengan lehernya terjerut berhampiran kerusi meja solek.

buaian kanak-kanak

Difahamkan sebelum kejadian berlaku, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Wangi itu tidak ke sekolah kerana demam serta tiada perubahan pelik dalam diri mangsa. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat sebelum dituntut tengah malam tadi. Siasatan polis mendapati mangsa terjerut diri sendiri. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

p/s: Al-Fatihah kepada arwah. Berkenaan tali buaian tu ammboi rasa yang jenis orang gantung pada siling rumah kot…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.