Sekarang kejadian cabul dan rogol semakin menjadi-jadi. Terbaru, seorang pelajar tingkatan empat trauma setelah dicabul seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke sekolahnya di Langkap, Perak. Kejadian berlaku pada pagi Selasa lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang baru keluar dari rumah secara tiba-tiba dipeluk suspek berusia 23 tahun itu. Menurutnya, suspek yang memeluk mangsa dari arah belakang kemudiannya menutup mulut remaja itu menggunakan tangan dan cuba menarik pelajar itu ke dalam rumah.

kes cabul

“Mangsa kemudian menggigit tangan suspek sebelum menjerit meminta pertolongan. Secara kebetulan, seorang jiran mangsa yang baru menghantar anaknya ke sekolah terlihat kejadian itu dan segera menegur lelaki berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang terkejut dengan teguran tersebut terus melarikan diri. Jelasnya, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bibir dan mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan sebelum membuat laporan di Balai Polis Langkap.

“Kami sudah mengenal pasti suspek apabila abang lelaki itu sendiri menyerahkannya kepada pihak berkuasa selepas laporan polis dibuat. Suspek yang bekerja sebagai juru kimpal itu ditahan reman dan dipercayai sudah mengenali mangsa sejak dua tahun lalu. Kita tahan reman suspek selama tiga hari sehingga 10 Januari bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

p/s: Manusia jenis ni tak boleh kasi lepas, takut semakin menjadi-jadi giannya orang lain pula yang menjadi mangsa….

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.