Pada kejadian Sabtu lalu, seorang pelajar Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung, Indonesia dipercayai diculik dan diperkosa sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik. Portal berita detik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan mahasiswi itu mengaku dia dirogol oleh tiga lelaki dalam kereta.

“Mereka bergiliran. Yang tidak melakukan itu katanya pemandu kereta,” kata ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan seperti dipetik oleh detik.com pada Selasa.

Laporan itu juga menyebut mahasiswi berkenaan masih dalam keadaan terkejut dan sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin di Bandung. Portal berita yang sama sebelum itu mengesahkan identiti mahasiswi berkenaan dengan pihak Universiti Padjadjaran. Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa. Keluarga mahasiswi itu juga dilaporkan sudah berada di Indonesia.

pelajar malaysia dirogol di indonesia

Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor. Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.

Polis setakat ini masih menunggu laporan pemeriksaan doktor di Hospital Hasan Sadikin di Bandung. Beliau juga memberitahu, mahasiswi berkenaan akan pulang ke Malaysia pada hari yang sama (Selasa) dan akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.

Tambahan: Menerusi sumber lain, ada pelajar disana menjelaskan bahawa kejadian berkenaan bukan berlaku di rumah sewa. Gadis berkenaan tinggal di asrama dan mesim ATM itupun juga berada dalam kampus berkenaan. Pelajar berkenaan juga jelaskan mereka juga tidak mengetahui identiti gadis tersebut kerana keluarga gadis itu minta rahsiakan identitinya. Selain itu, pelajar itu juga berharap agar tidak ada yang sengaja mendedahkan identiti gadis tersebut selain tidak memberikan komen berbentuk provokasi kerana ia hanya akan memburukkan situasi.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.