Pelakon utama filem Fast & Furious, Paul Walker dilaporkan terbunuh dalam satu kemalangan tengah hari semalam di Selatan California. Kemalangan berlaku di Santa Clarita, apabila Porsche dinaiki Paul dan seorang lagi individu terbabas lalu melanggar pokok.

Memetik laporan Sinar Harian, kereta berkenaan terbakar dan meletup. Pihak berkuasa masih menyiasat kemalangan itu tetapi ada sumber berita melaporkan kedua-duanya terbunuh. Ia masih belum jelas siapa yang memandu ketika itu.

paul walker

Pihak berkuasa memberitahu stesen TV CBS 2 di Los Angeles bahawa kemalangan itu berlaku pada jam 3.30 petang namun identiti mangsa tidak didedahkan lagi. Menurut sumber, Paul berada di Santa Clarita untuk majlis amal pertunjukan kereta bagi menyokong mangsa bencana alam di Filipina.

Paul membawa kawannya menaiki Porsche GT barunya dan kemalangan berlaku semasa salah satu pusingan ujian tersebut.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.