Pelakon Sharifah Nadia Didakwa Cederakan Bekas Suami | Macam-macam ragam kes ada dalam dunia hiburan. Kes cinta, kes khalwat, kes kahwin senyap, kes cerai dan macam-macam lagi. Sebelum ini kita dihangatkan dengan kes mahkamah antara Aidil Zafuan dan Rita Rudaini, terbaru pelakon Sharifah Nadia pula dihadapkan ke mahkamah oleh bekas suaminya.

Menurut laporan BH Online, Sharifah Nadia Yusnita Abd Hanif, 32, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan mencederakan bekas suaminya, ahli perniagaan, Lob Mahadir Abdul Syukur, 40, tahun lalu. Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Mohd Hezri Shaharil.

sharifah nadia didakwa

Sharifah Nadia dituduh melakukan kesalahan itu di Dewan Tan Sri Jefry Chia, Sekolah Kebangsaan Chee Wen, USJ 1, Subang Jaya, pada jam 10.30 pagi, 25 November 2012 dan akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum maksimum penjara satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes, Sharifah Nadia didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera dengan mencakar tangan bekas suaminya. Mahkamah menetapkan 22 April 2013 ini untuk sebutan kes.

Pasangan itu berkahwin pada 2005 dan dikurniakan tiga anak, Lob Ahmad Dani, 7, Puteri Anis Khairah, 6 dan Lob Umar Faiq, berusia empat tahun.

p/s: Dalam kes ini ammboi rasa bekas suaminya juga patut disiasat. Apa yang menjadi punca Sharifah Nadia bertindak sedemikian? Sudah tentu ada sebab kan? Kesian pula kalau dikenakan hukuman penjara, siapa nak jaga anaknya nanti?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.